Memperkenalkan senjata ampuh aku mengail

Buat masa sekarang aku tidak menangkap lagi gambar koleksi alatan memancing aku.....so tungguuuuuu

Monday, April 20, 2009

Penggunaan BaitCaster Jenis Low Profile















Setting peralatan

Reel - Banax Zest Lefthanded
Rod - Shinamo Bassterra

Pada permulaannya aku tidak bercadang pun menggunakan baitcaster ni, dengar khabar agak remeh berbanding penggunaan mesin berjenis spinning. Tetapi disebabkan ketika pergi ke sebuah kedai pancing, ada sebatang rod shimano bassterra secondhand yang dijual, terus sahaja aku membelinya. Digabungkan dengan reel banax zest ni, aku pun mencari teori di internet dan bertanya kepada tokei kedai cara penggunaan baitcaster.

Akhirnya aku mencuba baitcaster ini disekitar lombong ipoh. Dengan menggunakan artificial katak aku cuba baitcaster ini. Agak risau juga, risaukan terjadinya birdnest/meehon. Berjaya, dengan teknik yang betul aku berjaya menggunakan mesin ini. Purata dalam 3 balingan 1 birdnest/meehon. Kiranya boleh la tu ikut permulaan

Fahami Baitcaster Low Profile

Langkah penggunaan baitcaster(dari sumber internet/teori/pembelajaran)

  1. star drag tu fungsinya serupa cam drag utk mesin spinning... utk mengawal beban tali keluar semasa kita fight dgn ikan. cuma utk mesin seperti baitcast, multiplayer yg panggil star drag... selain daripada star drag, mesin2 multiplayer juga mempunyai sejenis lagi drag yg dipanggil lever drag... tapi lever drag ini tiada kena mengena dgn low profile baitcaster nie...
  2. cast control brake ini pula utk mengawal kelajuan spool semasa kita melontar lure/gewang... Jika spool berpusing terlampau laju maka senang terjadi birdnest atau meehun. Jika kita set brake ini terlalu ketat, jadi kita x dpt melontar lure pada jarak yg jauh. Cara utk menggunakan cast control brake ini kita gantungkan lure yg hendak digunakan & tekan thumb bar biarkan lure itu turun kebawah. Setkan supaya lure itu turun secara natural, tidak terlampau laju atau terlampau perlahan. Ada sesetengah pendapat menyatakan utk mendapatkan kelajuan turun lure yg sesuai ialah spool kita tidak berpusing lebih dari 2 kali setelah lure jejak ke lantai...
  3. friction cast control atau magnetic brake fungsinya pula lebih kepada perincian utk cast control barake. Biasanya di friction brake ini ada nombor 1 hingga 10. semasa mula-mula kita hendak setting cast control brake, friction cast control ini hendaklah kita setkan ke kedudukan no 1. Setelah kita dpt kelajuan turun lure yg sesuai, kita cuba cast, jika masih terjadi birdnest naikkan friction cast control pula pada tahap yg sesuai...