Daiwa alphas 103L dipadankan dengan tali sulam.....
Power Pro - Proven Power (moss green)
- 15lb
-100yds (betul2 muat dengan spool daiwa)
* spool daiwa alphas yang berbentuk V ini menyebabkan aku berasa hairan, tali yang disusun adalah berbentuk spool iaitu V....akan tetapi, ketika hampir penuh taliannya disusun secara mendatar....bagai ia boleh berlaku?
Aku mencuba peralatan casting aku di sini, pada keadaan air yang keruh begini adalah tidak efisen untuk casting
Peralatan
Rod - Shimano Bassterra
Reel - Daiwa Alphas 103L
Ini adalah kali pertama aku menggunakan tali sulam untuk memancing. Padanan mesin Baitcaster dengan tali sulam memudahkan balingan dan kelancaran aksi. Jauh berbeza dengan penggunaan tali mono.
Dengan kehadiran teknologi breake MagForce V daiwa, ianya bertindak efisen dengan mengelakkan terjadinya birdnest/meehon.....begitu baik sekali tindakbalas sistem breake MagForce V daiwa ini dikala spool berpusing dengan laju atau perlahan....amat berbeza dengan Banax Zest yang aku pakai selama ini. Dengan bentuknya lebih kecik,tegap dan ringan bagi aku daiwa alphas sangat berbaloi aku milikinya. Ermmm bagaimana la seorang beginner seperti aku memakai mesin yang baik?hehehe aku perlu lebih latihan untuk memahirkan penggunaan mesin ini.
Aduhhhhhhhhh.....inilah kali pertama aku mengalami birdnest/meehon tahap dewa, bukan kerana kegagalan reel atau cara balingan aku.....tetapi berpunca dari kecuaian aku semasa baling gewang. Gewang tersangkut dipucuk pokok, memang teruk kali ini. Tali terpaksa dipotong.
Rupanya tali sulam ini akan luntur warnanya apabila digunakan.
*Perhatikan betul2 pada tali sulam....ia sudah bertukar kepada hijau cerahKesimpulan - sukar untuk aku jelaskan setup peralatan aku ini memandangkan aku seorang beginner....cuma dapat disimpulkan, best memang best sedapppppppppppppp