Memperkenalkan senjata ampuh aku mengail

Buat masa sekarang aku tidak menangkap lagi gambar koleksi alatan memancing aku.....so tungguuuuuu

Monday, September 6, 2010

Knot Braided & Mono(shock leader) - FG Knot

FG Knot adalah ikatan antara braided & shock leader paling aku suka...kerana cantuman knot ini mengurangkan geseran pada cincin rod....jadi shock leader bole la dipanjang kan kepada 1 meter

Video ikatan FG Knot



Knot pada mata kail

Ini beberapa knot yg menjadi kesukaan aku....selalunya aku guna pada lure atau matakail :



COMMON SNELL & PALLOMAR

COMMON SNELL - sesuai digunakan pada mata kail yg tidak berlobang, boleh juga digunakan pada mata kail yg berlobang
PALLOMAR - yg ni pulak aku biasa guna bila menggunakan braided....


GLINTCH NOT & RAPALA KNOT

GLINTCH NOT - biasa aku gunakan pada mata kail yg mempunyai lubang
RAPALA KNOT - selain digunakan pada lure....ikatan ni sesuai pada mata kail
* glintch & rapala knot sesuai digunakan pada matakail atau lure

Rujukkan : http://www.go-fishing.gr/knots-eng.html

Thursday, April 1, 2010

Akhirnya adik bongsu(high end) segala calcutta menjadi milikku

yes tidak kusangka akhirnya siri calcutta high end yang diberi nama calcutta conquest 101 menjadi milik ku....tapi harap maaf kepada calcutta xt....aku lepaskan kau jua walaupon hatiku seberat patin 15kg....ku tetap lepaskan kau...kerana teman nak cover lobang daaa

petikan dari japantackle
http://www.japantackle.com/Shimano/Shimano_Conquest.htm

"Conquest series is the high-end Japanese version of Calcutta TE reels, and assumes the highest line of Shimano round bait casting reels. In the off-set gear box are advanced oversized gear systems, providing the smoothest ever retrieving.

50/51S has super shallows spools for finesse fishing with 3-6lb test. 100 and 200 are the most often used for freshwater bass fishing. 300 and 400/401 comes with A-RB(anti-rust ball bearings) for further saltwater resistance. Spool clicking system is on 300 and 400/401. 50/51-200/201 comes with drilled (wiffle) spools. 300, 400 and 401 comes with normal spools."

Wednesday, August 5, 2009

Saturday, August 1, 2009

Tersungkurnya Raja(Peacock Bass) Di Calcutta

Seawal pagi pukul 8 aku telah sampai di port ini....haaaa tu pon sebab dah teracun dengan sahabat sepejabat kerana telah memanaskan telinga aku dengan menaikkan 23 ekor peacock bass(ikan raja)...huish giler ke apa, macam cerita dongeng....


Lombong yang mempunyai keluasan yang sangat besar

Mendengarkan ada spesis peacock bass ni aku pon teruja....teruja sangat ingin menguji skill casting aku(yang baru berjinak dengan casting)....sebegitu pantas aku sampai di lombong berkenaan rupanya kaki pancing lain sudah ada....

Setting peralatan untuk menguji peacock bass
-Rod : Shimano bassterra
-Reel : Shimano calcutta 101 XT
-Line : Spiderwire braided EZ braid
-Lure : Abu Tormentor

Aku memilih abu tormentor kerana aku sukakan warna oren+kuning gewang.....


huh rupanya aku sorang sahaja yang menggunakan pendekatan casting untuk memancing di lombong ini....

Aku tiada pengalaman menduga peacock bass, cuma apa yg dapat dipastikan....dari cerita sahabat2 memancing, diet peacock bass ini adalah anak2 ikan...aku pon pergi mencari kawasan terbaik...dan aku terjumpa sekumpulan anak2 ikan yang hanya bermain ditepian sahaja...aku membuat andaian yang pastinya anak2 ikan ini mesti lari dari pemangsa yang menunggu mereka....maka aku pon cast ditempat tersebut....kehadiran gewang abu tormentor ini nampaknya tidak mengganggu kumpulan anak2 ikan...kemungkinan mereka pon ingat yang abu tomentor adalah anak ikan juga hehe


Strike pertama...yahoo aku pon menarik peacock bass ini ketepi...akan tetapi, aduih bukan rezeki aku, terlucut...ermm aku pon menjadikannya iktibar dengan lebih berhati-hati apabila strike seterusnya tiba...
(sambaran peacock bass ini bagi aku lembut, apabila gewang sudah dijamah ia tidak ganaz melarikan gewang....ketika hendak sampai ditepi baru ikan ini mula melawan...)

Akhirnya strike kedua pon diterima, kali ini peacock bass berjaya dinaikkan...puas sungguh puas

"Tersungkurnya Raja(Peacock Bass) Di Calcutta"

Akhirnya peacock bass digoreng bersama bawang....sedap ikan ni....


p/s spesis lain yang ada di lombong ini lekor(seorang pemancing berjaya menaikkan hampir 2kg)/haruan/jelawat

Thursday, July 30, 2009

Skip Lure dengan baitcaster

Bass Fishing - How to skip Lures with the Baitcaster

World Champion Bait Casting Demonstration from 1956


baitcaster - sesuai dengan namanya

Saturday, July 25, 2009

Selamat Datang Shimano Calcutta 101 XT



Selamat datang Shimano...itu yang dapat aku katakan. Kononnya hanya berangan jerk untuk membeli shimano roundreel...tup tap terbeli sebiji....adui hehehe

Ermmm masih samar lagi tentang calcutta versi xt ni berbanding dengan calcutta sebelumnya....tidak dapat dipastikan apa yang membezakan calcutta xt ni dengan 'abang-abang'nya...tapi apa yang dapat dijelaskan, reel ini hanya untuk keluaran domestik Japan....

Petikan dari japantackle.com
http://www.japantackle.com/Shimano/shimano_calcutta_xt.htm

"Since its introduction in 1991, Calcutta has been the target of copy reels, but no one has achieved its highly balanced performance, smoothness and beauty.

Shimano has been selling the high-end Calcutta, Calcutta XT reels exclusively in Japan. They have holes on forged frame and side plate. Each model has one more ball bearing than US counterparts, and weight is about 1 oz lighter. "

Calcutta XT ini keluaran 2002?Nampaknya tahun 2009 baru aku memilikinya....

Petikan dari www.thaifishingguide.com

"Shimano’s finest and most attractive range of ultra-light multiplier reels.
Classic gold coloured, corrosion-resistant, one-piece aluminium frame and
features like Shimano’s Super Stopper and SVS (Shimano Variable Brake System) puts it on top of many freshwater anglers most wanted list."

Perbincangan mengenai shimano calcutta
http://www.kakipancing.net/viewtopic.php?f=27&t=5256

Seterusnya calcutta xt ni telah diload dengan tali spiderwire ezbraid 20lb, masih ada ruang lagi pada spool...rasenya calcutta xt ni boleh muat dengan tali berskala 20lb++