Memperkenalkan senjata ampuh aku mengail

Buat masa sekarang aku tidak menangkap lagi gambar koleksi alatan memancing aku.....so tungguuuuuu
Showing posts with label Port. Show all posts
Showing posts with label Port. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

Kuala Gula Taiping


Huh aku terlambat....perancangan sebenarnya casting siakap selinsing, tapi bertolak dari ipoh 230....memang sudah terlambat sangat dah

Jadi 'brader' hanya membawa aku dengan sahabat ke kuala gula layan bottom....terima kasih banyak-banyak kepada 'brader' sebab belanja ketam nipah 3kg dan char kuey teow sedap sekali di taiping....

Kami akan kembali ke taiping, kali ini akan menduga siakap selinsing

kawan 'brader' yang berjaya menaikkan siakap 7kg

aku sedang menunggu kemunculan shimano calcutta untuk penderaan di selinsing

Batu Feringgi





Equipment casting sudah siap sedia di dalam bonet kereta....tetapi tak sempat nak casting....ermmmm

Pelik....pasir batu feringgi ni berwarna hitam

Kellies Castle



Cadang nak berjalan-jalan kat Kellies Castle ni, rupanya dah terlambat jadi tak boleh nak masuk dah...

Aku pun melepak la sekejap kat sungai tu....banyak juga pemancing, ada salah seorang pemancing dapat anak baung....ermmm port baik untuk dijelajahi

Sungai Piah



Cantik sungai piah ni....awal pagi dalam pukul 700 aku dah pergi memancing dikawasan ini...
Sunyi sungguh....tiada ikan yang menonjolkan diri....



anak ikan yang kelihatan......umpan cengkerik nampaknya tidak berjaya menarik perhatian ikan-ikan disini



lubuk......ada kelibat ikan bersaiz agak besar....tapi tak tahu spesis apa....

Sungai Perak Kampung Gajah



Bertolak dari ipoh 630pagi...sampai ke kampung gajah dalam 800pagi ke atas camtu....

Letusan air dek sebarau membaham mangsa galak sekali....huh tapi guna gewang artifical ikan ni langsung tidak diendahnya....kenapa? Dah 2 kali aku ke sini....nampak gayanya kena guna pendekatan yang lain

Zrekkkkkkkkkkkkk bunyi mesin mengaum....setelah berjam-jam memancing akhirnya seekor kelabau terjerat...saiznya tidak la besar....dalam 400g anggaran



Kelabau masak asam pedas....slurp sedap tul ikan ni....



memancing kali ni aku sampai ke rumah pada pukul 900malam.....lebih 12jam memancing hanya seekor kelabau sahaja yang diperolehi....jadilah, itu ler namanya rezekiiiiiiiii

Saturday, July 18, 2009

Sungai Lawin



Dalam perjalanan balik Kelantan - Ipoh aku singgah buat keduakalinya di Lawin.
Wah cantik, bersih, jernih sejuk sungguh sungai lawin ni...

Ermmmm habitat kelah/tengas ni

Dengan ke dalaman air anggaran 4 kaki spesis besar mungkin wujud....

Pulau Banding, Gateway to Belum



Dari Kelantan singgah jap kat Pulau Banding....Di sini la pangkalan bot untuk menuju ke Hutan Belum....ermmmm bila laaa rasanya dapat menduga kelah belum ni......


Patin Pasir Hor Kelantan



Majalah memancing menceritakan Pasir Hor Kelantan mempunyai ikan patin, aku pada masa itu berada di Kelantan turut menjengah Pasir Hor





cantik sungguh tempat memancing Pasir Hor, meriah sungguh dengan kedatangan pemancing....tapi kesemuanya mem'bottom'.....aku casting?hehehehe

Wednesday, June 17, 2009

Tambak Kemasin-Kemayang



Makan tidur...makan tidur bosan yang teramat sangat aku pi kemasin....aduih ini ler kali pertama aku pergi kemasin, umpan langsung tidak disentuh ikan....goyang sikit pon tak da.....

Ada sorang mamat sebelah aku tu....datang pada masa yang sama dengan aku, siap pacak 3 rod...dia pon naik fedup terus blah....aku pun lepas tu angkat kaki...

Apa yang aku dapat kat kemasin? "Teh Beng Sa"....

Air sungai Kelantan kawasan berhampiran Kampung Pendek


Dibawah jabatan tendong

Aku pergi survey air sungai kelantan....gian sangat nak memancing....
ermmm air teh tarik warnanya....camna nak casting....rasenya pendekatan teknik bottom adalah paling tepat.....sungguh besar sungai kelantan ni.....

*gambar diambil dari forum memancing

ikan :kelah
berat :18 kilogram
lokasi :sungai kelantan
tahun :sekitar 70an
rod/mesin:abu cardinal...
pemilik :che wan indera

haaaa jangan terkejut....pada era tahun 70an, kelah sungai kelantan sebesar tu wujud....tapi itu dulu....masa aku pi survey, adakah kelah masih bermain/menghuni sungai kelantan walaupun airnya keruh?


Saturday, June 6, 2009

Gunung Reng Jeli


Gunung Reng gambar yang diambil dari internet. Pada mulanya aku bercadang hendak berhenti berihat di R&R Empangan Pergau, tapi masih dalam pembinaan. Jadi aku bercadang untuk berhenti di Gunung Reng.

Gambar diatas ketika air dalam, gambar dibawah keadaan ketika air cetek.




Air yang cetek membolehkan aku berkelah dipasir sungai, sekiranya air dalam ketika itu....adakah kelibat tengas akan kelihatan?

Saturday, May 30, 2009

Lombong sekitar tambun

Lombong di sekitar tambun....spesis yang ada tilapia, haruan, ntah ikan apa berwarna merah dan lain2....

Akibat dari suhu panas yang melampau sejak kebelakangan ini, balik dari memancing di kawasan lombong ni aku demam.....memang panas betul perubahan cuaca sekarang