Memperkenalkan senjata ampuh aku mengail
Wednesday, August 5, 2009
Saturday, August 1, 2009
Tersungkurnya Raja(Peacock Bass) Di Calcutta
Lombong yang mempunyai keluasan yang sangat besar
Mendengarkan ada spesis peacock bass ni aku pon teruja....teruja sangat ingin menguji skill casting aku(yang baru berjinak dengan casting)....sebegitu pantas aku sampai di lombong berkenaan rupanya kaki pancing lain sudah ada....
Setting peralatan untuk menguji peacock bass
-Rod : Shimano bassterra
-Reel : Shimano calcutta 101 XT
-Line : Spiderwire braided EZ braid
-Lure : Abu Tormentor
Aku memilih abu tormentor kerana aku sukakan warna oren+kuning gewang.....
huh rupanya aku sorang sahaja yang menggunakan pendekatan casting untuk memancing di lombong ini....
Aku tiada pengalaman menduga peacock bass, cuma apa yg dapat dipastikan....dari cerita sahabat2 memancing, diet peacock bass ini adalah anak2 ikan...aku pon pergi mencari kawasan terbaik...dan aku terjumpa sekumpulan anak2 ikan yang hanya bermain ditepian sahaja...aku membuat andaian yang pastinya anak2 ikan ini mesti lari dari pemangsa yang menunggu mereka....maka aku pon cast ditempat tersebut....kehadiran gewang abu tormentor ini nampaknya tidak mengganggu kumpulan anak2 ikan...kemungkinan mereka pon ingat yang abu tomentor adalah anak ikan juga hehe
Strike pertama...yahoo aku pon menarik peacock bass ini ketepi...akan tetapi, aduih bukan rezeki aku, terlucut...ermm aku pon menjadikannya iktibar dengan lebih berhati-hati apabila strike seterusnya tiba...
(sambaran peacock bass ini bagi aku lembut, apabila gewang sudah dijamah ia tidak ganaz melarikan gewang....ketika hendak sampai ditepi baru ikan ini mula melawan...)
Akhirnya strike kedua pon diterima, kali ini peacock bass berjaya dinaikkan...puas sungguh puas
"Tersungkurnya Raja(Peacock Bass) Di Calcutta"
Akhirnya peacock bass digoreng bersama bawang....sedap ikan ni....
p/s spesis lain yang ada di lombong ini lekor(seorang pemancing berjaya menaikkan hampir 2kg)/haruan/jelawat
Thursday, July 30, 2009
Skip Lure dengan baitcaster
World Champion Bait Casting Demonstration from 1956
baitcaster - sesuai dengan namanya
Saturday, July 25, 2009
Selamat Datang Shimano Calcutta 101 XT
Selamat datang Shimano...itu yang dapat aku katakan. Kononnya hanya berangan jerk untuk membeli shimano roundreel...tup tap terbeli sebiji....adui hehehe
Ermmm masih samar lagi tentang calcutta versi xt ni berbanding dengan calcutta sebelumnya....tidak dapat dipastikan apa yang membezakan calcutta xt ni dengan 'abang-abang'nya...tapi apa yang dapat dijelaskan, reel ini hanya untuk keluaran domestik Japan....
Petikan dari japantackle.com
http://www.japantackle.com/Shimano/shimano_calcutta_xt.htm
"Since its introduction in 1991, Calcutta has been the target of copy reels, but no one has achieved its highly balanced performance, smoothness and beauty.
Shimano has been selling the high-end Calcutta, Calcutta XT reels exclusively in Japan. They have holes on forged frame and side plate. Each model has one more ball bearing than US counterparts, and weight is about 1 oz lighter. "
Calcutta XT ini keluaran 2002?Nampaknya tahun 2009 baru aku memilikinya....
Petikan dari www.thaifishingguide.com
"Shimano’s finest and most attractive range of ultra-light multiplier reels.
Classic gold coloured, corrosion-resistant, one-piece aluminium frame and
features like Shimano’s Super Stopper and SVS (Shimano Variable Brake System) puts it on top of many freshwater anglers most wanted list."
Perbincangan mengenai shimano calcutta
http://www.kakipancing.net/viewtopic.php?f=27&t=5256
Seterusnya calcutta xt ni telah diload dengan tali spiderwire ezbraid 20lb, masih ada ruang lagi pada spool...rasenya calcutta xt ni boleh muat dengan tali berskala 20lb++
Sunday, July 19, 2009
Kuala Gula Taiping
Huh aku terlambat....perancangan sebenarnya casting siakap selinsing, tapi bertolak dari ipoh 230....memang sudah terlambat sangat dah
Jadi 'brader' hanya membawa aku dengan sahabat ke kuala gula layan bottom....terima kasih banyak-banyak kepada 'brader' sebab belanja ketam nipah 3kg dan char kuey teow sedap sekali di taiping....
Kami akan kembali ke taiping, kali ini akan menduga siakap selinsing
kawan 'brader' yang berjaya menaikkan siakap 7kg
aku sedang menunggu kemunculan shimano calcutta untuk penderaan di selinsing
Batu Feringgi
Kellies Castle
Sungai Piah
Cantik sungai piah ni....awal pagi dalam pukul 700 aku dah pergi memancing dikawasan ini...
Sunyi sungguh....tiada ikan yang menonjolkan diri....
anak ikan yang kelihatan......umpan cengkerik nampaknya tidak berjaya menarik perhatian ikan-ikan disini
lubuk......ada kelibat ikan bersaiz agak besar....tapi tak tahu spesis apa....
Sungai Perak Kampung Gajah
Bertolak dari ipoh 630pagi...sampai ke kampung gajah dalam 800pagi ke atas camtu....
Letusan air dek sebarau membaham mangsa galak sekali....huh tapi guna gewang artifical ikan ni langsung tidak diendahnya....kenapa? Dah 2 kali aku ke sini....nampak gayanya kena guna pendekatan yang lain
Zrekkkkkkkkkkkkk bunyi mesin mengaum....setelah berjam-jam memancing akhirnya seekor kelabau terjerat...saiznya tidak la besar....dalam 400g anggaran
Kelabau masak asam pedas....slurp sedap tul ikan ni....
memancing kali ni aku sampai ke rumah pada pukul 900malam.....lebih 12jam memancing hanya seekor kelabau sahaja yang diperolehi....jadilah, itu ler namanya rezekiiiiiiiii
Saturday, July 18, 2009
Sungai Lawin
Pulau Banding, Gateway to Belum
Patin Pasir Hor Kelantan
Saturday, July 4, 2009
Belajar Cast Dan Penyelesaian Mee Hoon / Birdnest
Selesaikan masalah Mee Hoon / Birdnest dengan efisen
Thursday, June 25, 2009
Mesin yang aku telah jual
Wednesday, June 17, 2009
Tambak Kemasin-Kemayang
Makan tidur...makan tidur bosan yang teramat sangat aku pi kemasin....aduih ini ler kali pertama aku pergi kemasin, umpan langsung tidak disentuh ikan....goyang sikit pon tak da.....
Ada sorang mamat sebelah aku tu....datang pada masa yang sama dengan aku, siap pacak 3 rod...dia pon naik fedup terus blah....aku pun lepas tu angkat kaki...
Apa yang aku dapat kat kemasin? "Teh Beng Sa"....
Air sungai Kelantan kawasan berhampiran Kampung Pendek
ermmm air teh tarik warnanya....camna nak casting....rasenya pendekatan teknik bottom adalah paling tepat.....sungguh besar sungai kelantan ni.....
*gambar diambil dari forum memancing
berat :18 kilogram
lokasi :sungai kelantan
tahun :sekitar 70an
rod/mesin:abu cardinal...
pemilik :che wan indera
haaaa jangan terkejut....pada era tahun 70an, kelah sungai kelantan sebesar tu wujud....tapi itu dulu....masa aku pi survey, adakah kelah masih bermain/menghuni sungai kelantan walaupun airnya keruh?
Saturday, June 6, 2009
Welcome To Thailand
pandangan Thailand dari tanah Malaysia
semasa ingin menyeberang sungai golok....ada sampan yang berlabuh datang dari Thailand bawa beberapa paket beras....wah ini kes seludup ni....tapi asyik tgk kecekapan mereka bawak masuk beras siam hehehe......
Gunung Reng Jeli
Gambar diatas ketika air dalam, gambar dibawah keadaan ketika air cetek.
Air yang cetek membolehkan aku berkelah dipasir sungai, sekiranya air dalam ketika itu....adakah kelibat tengas akan kelihatan?
Saturday, May 30, 2009
Ujian Daiwa Alphas + Braided Power Pro Line
Daiwa alphas 103L dipadankan dengan tali sulam.....
Power Pro - Proven Power (moss green)
- 15lb
-100yds (betul2 muat dengan spool daiwa)
* spool daiwa alphas yang berbentuk V ini menyebabkan aku berasa hairan, tali yang disusun adalah berbentuk spool iaitu V....akan tetapi, ketika hampir penuh taliannya disusun secara mendatar....bagai ia boleh berlaku?
Aku mencuba peralatan casting aku di sini, pada keadaan air yang keruh begini adalah tidak efisen untuk casting
Peralatan
Rod - Shimano Bassterra
Reel - Daiwa Alphas 103L
Ini adalah kali pertama aku menggunakan tali sulam untuk memancing. Padanan mesin Baitcaster dengan tali sulam memudahkan balingan dan kelancaran aksi. Jauh berbeza dengan penggunaan tali mono.
Dengan kehadiran teknologi breake MagForce V daiwa, ianya bertindak efisen dengan mengelakkan terjadinya birdnest/meehon.....begitu baik sekali tindakbalas sistem breake MagForce V daiwa ini dikala spool berpusing dengan laju atau perlahan....amat berbeza dengan Banax Zest yang aku pakai selama ini. Dengan bentuknya lebih kecik,tegap dan ringan bagi aku daiwa alphas sangat berbaloi aku milikinya. Ermmm bagaimana la seorang beginner seperti aku memakai mesin yang baik?hehehe aku perlu lebih latihan untuk memahirkan penggunaan mesin ini.
Aduhhhhhhhhh.....inilah kali pertama aku mengalami birdnest/meehon tahap dewa, bukan kerana kegagalan reel atau cara balingan aku.....tetapi berpunca dari kecuaian aku semasa baling gewang. Gewang tersangkut dipucuk pokok, memang teruk kali ini. Tali terpaksa dipotong.
Rupanya tali sulam ini akan luntur warnanya apabila digunakan.
*Perhatikan betul2 pada tali sulam....ia sudah bertukar kepada hijau cerahKesimpulan - sukar untuk aku jelaskan setup peralatan aku ini memandangkan aku seorang beginner....cuma dapat disimpulkan, best memang best sedapppppppppppppp
Lombong sekitar tambun
Lombong di sekitar tambun....spesis yang ada tilapia, haruan, ntah ikan apa berwarna merah dan lain2....
Akibat dari suhu panas yang melampau sejak kebelakangan ini, balik dari memancing di kawasan lombong ni aku demam.....memang panas betul perubahan cuaca sekarang